UniCC Activity Gallery
Kunjungan Hormat PPHP UniSZA ke UTeM Perkukuh Jalinan Kerjasama
5 Mei 2025
Kunjungan Hormat PPHP UniSZA ke UTeM Perkukuh Jalinan Kerjasama
5 Mei 2025
Ujian Latihan Menembak Pasukan Latihan Pegawai Simpanan (PALAPES) Udara Universiti Utara Malaysia
UUM Sintok, 4 Mei 2025
𝟰𝟮 Orang Kadet PASKAM Sertai Program Latihan Asas Pelayaran dan Ikhtiar Hidup di Pulau
Kuala Terengganu, 4 Mei 2025
Briged Sukarelawan UiTM Perkasa Semangat di
Perlawanan Akhir Unifi Piala Malaysia 2025
Kuala Lumpur, 26 April 2025
Seramai 65 sukarelawan daripada Briged Sukarelawan Pusat Kokurikulum UiTM telah berjaya melaksanakan tugas dengan cemerlang semasa Perlawanan Akhir Unifi Piala Malaysia 2025 di Stadium Nasional Bukit Jalil, membabitkan JDT dan Sri Pahang. Penyertaan ini adalah atas jemputan rasmi Malaysia Football League (MFL), mencerminkan kepercayaan terhadap profesionalisme dan komitmen tinggi sukarelawan UiTM.
Pasukan ini diketuai oleh Pegawai Pengiring, En. Ku Hadzrill Jeeffry Ku Hamzah, dengan pesanan inspirasi yang menekankan nilai pengalaman dan semangat berpasukan. Timbalan Naib Canselor (HEP) UiTM, Prof. Dr. Hj. Mohd Sazili Shahibi, turut mengiktiraf impak besar briged ini dalam aspek pengurusan, keselamatan, dan logistik acara.
Penghargaan turut disampaikan oleh pihak MFL melalui En. Hafidz, manakala Pengarah Pusat Kokurikulum, Datuk Dr. Hasrol Jono, menzahirkan kebanggaan terhadap semangat sukarelawan yang ditunjukkan. Kejayaan ini membuktikan UiTM bukan sahaja unggul dalam akademik, malah cemerlang dalam membentuk sahsiah dan jiwa sukarelawan.
UiTM: Membina Harapan, Menyatukan Semangat!
#UiTMdihatiku #JHEPUTAMA #usahasampaijadipusatko #santaitapicapai